Ikan Keli Limbat

Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar atau kawasan sawah. Yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali lebih besar daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah punah.

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Khususnya diSelangor, ikan keli disebut sebagai “ikan semilang”.

Ikan keli limbat yang merupakan dari keluarga Clariidae juga merupakan spesies yang semakin jarang ditemui di kawasan sungai-sungai. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga, udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan ialah buah kelapa sawit, memakan anak ikan, serangga, udang dan daging ayam.

Ikan Keli limbat
Klasifikasi
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Clariidae
Genus: Clarias
Spesies: C. nieuhofii

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya.

Benih keli dihasilkan dari Sperma jantan yang dikeluarkan dengan membelah perut di gabung de­ngan sperma keli betina yang dikeluarkan dengan mengurut bahagian telur.

Ikan Ikan Keli Limbat dikatakan mempunyai nyawa panjang dan ia mampu berjalan di atas tanah menggunakan siripnya untuk bergerak dari satu lubuk ke lubuk yang lain. Ikan keli juga menyusup atau masuk ke dalam lumpur untuk beberapa lama apabila datang musim kemarau atau musim kering. 

Kadar lemak dalam ikan keli (9 hingga 12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan ikan air tawar dan asin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana. Ia kaya dalam protein dan omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak. (berbagai sumber)