Ikan Temelian

Probarbus jullieni atau lebih dikenali sebagai Temoleh atau Temelian di Malaysia merupakan spesies yang bisa mencapai ukuran besar, sampai 60 kg. Ikan ini semasa kecil dikenali dengan nama temoleh tetapi apabila saiznya menjadi sangat besar ia dikenali dengan nama ikan temelian.

Kerana ukurannya yang besar, ia lebih banyak mendiami sungai-sungai yang besar, panjang dan dalam. Seperti di Sungai Pahang dan Sungai Perak, Temoleh dikatakan spesis tak mengenal arti lelah dalam mencari umpan  disekiranya.

Tenaganya mampu memberi perlawanan sengit kepada pemancing dan tidak akan sama sekali memberikan kemenangan yang mudah buat semua pemancing. Makanan utama ikan ini adalah moluska bercangkang (seperti siput), anak ikan, udang, cacing  dan juga tumbuhan seperti buah pisang dan betik. Namun begitu spesies ikan ini dikatakan semakin susah ditemui pada masa kini.

Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Ordo : Cypriniformes
Family : Cyprinidae
Genus : Probarbus

Ikan Temoleh atau lebih dikenali dengan nama ikan Tamalian amat terkenal dalam kalangan penggemar ikan air tawar. Ikan yang berukuran hampir satu meter panjang ini ditangkap dijeti Pekan Manong. Menurut nelayan setempat, harga ikan ini mencapai RM80 /kilogram. tergantung kepada ukurannya. Selain Sungai Perak, ikan Temoleh juga ditemui hidup di Sungai Pahang dan Tasik Kenyir.

Fungsi ikan temoleh sebenarnya adalah membersihkan makanan ikan lain yang tak abis dimakan. Aquarium aku akan bersih dan air tidak akan tercemar. Keunikan ikan temoleh ini ada jalur-jalur belang diseluruh badannya.